BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

Cuba Kita Renungkan

Roti penuh kasih sayang

Muhammad seorang anak yang bijak dan aktif. Dia suka makan roti bersalut mentega kacang dan coklat. Tetapi, dia tidak mahu makan roti yang tidak dibuang keraknya. Dia berkeras bila ibu dan bapanya memujuk dia makan keseluruhan roti. Dia membiarkan roti tersebut di dalam piring tanpa diusik. Dia merajuk dan terus duduk menonton televisyen. Tiba-tiba Muhammad melihat slot iklan yang memohon sumbangan bagi mengurangkan kesengsaraan penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Ada sekumpulan kanak-kanak menangis kelaparan. Dia terkejut melihat mereka berebut sekeping roti kosong dan hanya dapat makan secubit roti. Air mata Muhammad mengalir perlahan. Dia berasa berdosa kerana tidak menghargai rezeki yang ada lalu berlari mendapatkan ibu bapa dan meminta maaf. Bapa Muhammad tersenyum.

“Apabila kita bersyukur dengan rezeki yang Tuhan berikan dan tidak membazir, kita adalah manusia yang penuh kasih sayang. Di luar sana ramai yang kelaparan. Jadi, belajarlah menginsafi kehidupan orang lain.” Muhammad mula faham mengapa ibu bapanya selalu memaksa dia makan keseluruhan roti kerana kerak roti pun sedap juga.

0 comments:

Resepi kek kolet...

330g marjerin
330g gula
6bj telur
330g tpg + 90g serbuk koko+1/2ct baking powder+1ct b.soda= ayak
300g air ais/susu UTH

cara:- putar mentega+gula hingga kembang. msk telur 1 per 1. pastue msk tepung selang seli ngan air. pukul rata n bakar.

topping
50g serbuk koko
125 ml air
1 caw susu cair
200g gula
1/2 camca teh garam
1ct esen vanila
2bj kuning telur
60g tpung jagung
60g mentega

* satukan semua bahan dan masak cara doubleboiler. masak hingga pekat

Resepi Biskut Tart Cheese

Bahan:
180gm mentega
180gm icing sugar
1 biji telur
1 sudu makan susu tepung
400gm tepung gandum

Cara:
Campurkan semua bahan-bahan. Gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan susu tepung.

Inti tart:
Bahan:
250gm cheese philadelphia
20gm mentega
40gm icing sugar
1 biji telur
3 sudu makan Thickened Cream Blueberry filling

Cara:
Masukkan cheese, mentega dan icing sugar. Putar hingga sebati. Masukkan telur. Akhir sekali, masukkan thickened cream. Ambil secukup adunan, masukkan ke dalam acuan tart. Tekan dan kemaskan sehingga berbentuk kulit tart. Bakar selama 10 minit dan keluarkan. Masukkan Blueberry filling ke dalam tart. Kemudian, masukkan adunan inti tart. Akhir sekali, titikkan Blueberry filling di tengah tart dan lorekkan ikut citarasa sendiri. Bakar selama 10 minit, sehingga inti agak keras sedikit.

Bila sudah masak, pindahkan tart ke mangkuk kertas yang sesuai dan boleh dihidangkan ikut selera anda.

Selamat berjaya!

Kek coklat lembab

bahan2

375gm gula
168 gm mentega
3 biji telor
400 gm tepung naik sendiri
90 gm serbok koko
562 ml susu segar

cara membuatnya

1 pukul gula dan mentega sehingga kembang
2 Masukan telor satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang
3 Masukan serbok koko dan tepung selang seli dengan susu segar,pukul hingga sebati
4 Masukan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 C - 200 C selama 1 jam atau sehingga masak lah