Saturday, October 9, 2010
Saturday, September 25, 2010
Thursday, August 26, 2010
Monday, August 23, 2010
Saturday, June 26, 2010
Sunday, June 20, 2010
Sunday, May 30, 2010
Cuba Kita Renungkan
Roti penuh kasih sayang
Muhammad seorang anak yang bijak dan aktif. Dia suka makan roti bersalut mentega kacang dan coklat. Tetapi, dia tidak mahu makan roti yang tidak dibuang keraknya. Dia berkeras bila ibu dan bapanya memujuk dia makan keseluruhan roti. Dia membiarkan roti tersebut di dalam piring tanpa diusik. Dia merajuk dan terus duduk menonton televisyen. Tiba-tiba Muhammad melihat slot iklan yang memohon sumbangan bagi mengurangkan kesengsaraan penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Ada sekumpulan kanak-kanak menangis kelaparan. Dia terkejut melihat mereka berebut sekeping roti kosong dan hanya dapat makan secubit roti. Air mata Muhammad mengalir perlahan. Dia berasa berdosa kerana tidak menghargai rezeki yang ada lalu berlari mendapatkan ibu bapa dan meminta maaf. Bapa Muhammad tersenyum.
“Apabila kita bersyukur dengan rezeki yang Tuhan berikan dan tidak membazir, kita adalah manusia yang penuh kasih sayang. Di luar sana ramai yang kelaparan. Jadi, belajarlah menginsafi kehidupan orang lain.” Muhammad mula faham mengapa ibu bapanya selalu memaksa dia makan keseluruhan roti kerana kerak roti pun sedap juga.
Posted by faezah at 8:18 PM 0 comments
Wednesday, May 19, 2010
Sambutan Hari Guru
Main kerusi muzik pun nak kena tolak jgk...ish...ish...sakit tul den...ingat nak dpt hadiah...sakit ja...huhuhu
Posted by faezah at 10:03 PM 0 comments
Sunday, May 16, 2010
Meriah betul family day yang di raikan di Teluk Rubiah...semua sporting sgt...yang malu dah jd x malu..semua sertai game yang dibuat...lain kali boleh buat lg...makanan yang tersedia mmg lazat sgt2..puas hati...terima kasih kepada semua pasangan yang sporting..
Posted by faezah at 11:24 PM 0 comments
Thursday, April 29, 2010
Thursday, April 22, 2010
kursus kurikulum baru prasekolah
Seronok tul kursus ni walaupun memeningkan kepala kami semua...penguasaan bahasa inggeris amat penting di peringkat prasekolah lg...kursus n tempat penginapan yg best...Hotel Herritage Ipoh...yang paling best dapat jumpa rakan2 lama...bukan rakan maktab je rakan sekolah menengah pun ada skali...x sangka tul...kecik ja dunia ni...ni je la gmbr yg dapat ambil hr 2...
Posted by faezah at 8:35 AM 0 comments
kenangan prasekolahku....
Inilah anak2 prasekolah yg tersayang...selama 3 tahun aku menjadi guru prasekolah disini....terasa amat berharga sekali setiap kenangan yang aku miliki disini...rakan guru yang banyak membantu dan tak lupa pada pembantu pra yg tak jemu melayan kerenah anak2 kecil ini...bukan setakat membantu aku mengajar malah masakan mereka juga sedapppp....sampaikan kami guru prasekolah pun dah bertambah berat badan...tq...jasa kalian akan ku kenang sampai bila2..kami disini ibarat kakak dan adik2...tiada rahsia tiada iri hati...yang penting misi kami berjaya...
Posted by faezah at 8:15 AM 0 comments
Monday, April 19, 2010
waaa...aku semakin pandai menghasilkan blog...thanks rakan2 yang memberikan tunjuk ajar...terima kasih daun keladi..klu blh esok2 ajar la lagi...hehe..seronok...benda baru klu kita belajar...lama2 pandai la..guru sekarang bukan macam guru yang dulu..semua kena pandai n lebih cepat dari orang lain..maklumla pendidik untuk anak bangsa...klu cikgu x pandai..mcm mana nak ajar anak murid...tul tak kawan2???
Posted by faezah at 9:34 PM 0 comments
My Family.......
20 Mei 2005 tanggungjawab arwah bapaku telah di serahkan kepada insan lain yang bergelar suami...seorang lelaki yang bertahta di hatiku. Bermulalah episod hidupku yang baru..tanggungjawab yang kian bertambah..hari demi hari aku belajar untuk menjadi seorang insan yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang..
Sebagai seorang wanita yang bekerjaya...sudah tentu aku perlu untuk membahagikan masa di tempat kerja dan untuk keluarga. Alhamdulillah aku masih dapat membahagikan masa yang terbaik.sebagai seorang anak,isteri dan ibu..aku tidak pernah lupa aku adalah seorang pendidik..pendidik kepada anak bangsa...tanggungjawab yang amat berat akan aku laksanakan sebaik mungkin.
Posted by faezah at 9:09 PM 0 comments
Resepi kek kolet...
330g gula
6bj telur
330g tpg + 90g serbuk koko+1/2ct baking powder+1ct b.soda= ayak
300g air ais/susu UTH
cara:- putar mentega+gula hingga kembang. msk telur 1 per 1. pastue msk tepung selang seli ngan air. pukul rata n bakar.
topping
50g serbuk koko
125 ml air
1 caw susu cair
200g gula
1/2 camca teh garam
1ct esen vanila
2bj kuning telur
60g tpung jagung
60g mentega
* satukan semua bahan dan masak cara doubleboiler. masak hingga pekat
Resepi Biskut Tart Cheese
180gm mentega
180gm icing sugar
1 biji telur
1 sudu makan susu tepung
400gm tepung gandum
Cara:
Campurkan semua bahan-bahan. Gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan susu tepung.
Inti tart:
Bahan:
250gm cheese philadelphia
20gm mentega
40gm icing sugar
1 biji telur
3 sudu makan Thickened Cream Blueberry filling
Cara:
Masukkan cheese, mentega dan icing sugar. Putar hingga sebati. Masukkan telur. Akhir sekali, masukkan thickened cream. Ambil secukup adunan, masukkan ke dalam acuan tart. Tekan dan kemaskan sehingga berbentuk kulit tart. Bakar selama 10 minit dan keluarkan. Masukkan Blueberry filling ke dalam tart. Kemudian, masukkan adunan inti tart. Akhir sekali, titikkan Blueberry filling di tengah tart dan lorekkan ikut citarasa sendiri. Bakar selama 10 minit, sehingga inti agak keras sedikit.
Bila sudah masak, pindahkan tart ke mangkuk kertas yang sesuai dan boleh dihidangkan ikut selera anda.
Selamat berjaya!
Kek coklat lembab
375gm gula
168 gm mentega
3 biji telor
400 gm tepung naik sendiri
90 gm serbok koko
562 ml susu segar
cara membuatnya
1 pukul gula dan mentega sehingga kembang
2 Masukan telor satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang
3 Masukan serbok koko dan tepung selang seli dengan susu segar,pukul hingga sebati
4 Masukan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 C - 200 C selama 1 jam atau sehingga masak lah